Ahad, Mei 31, 2009

TAMRIN KHAT THULUTH




INI ADALAH HASIL TAMRIN KHAT THULUTH MENGIKUT KAEDAH BAGHDADI. GURUKU USTAZ ZAWADI, MENDEDAHKAN AKU KEPADA GAYA BAGHDAD SAHAJA. INI TERMASUKLA KHAT NASAKH DAN RIQ`AH. AKU BELAJAR GAYA TURKI MELALUI USTAZ ZUHUD ULYA. MASIH BELAJAR, KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN....

Rabu, Mei 27, 2009



SETELAH PENAT BERJUANG, BERJAGA MALAM, BERSENGKANG MATA, MAKA HARI INI ADALAH PENAMATNYA, MERDEKALAH AKU DARI SEMUA KEKUSUTAN ITU, HEHEHE. TIBALAH MASANYA UNTUKKU KEMBALI MENERUSKAN MISI MENJADI PENULIS KHAT . NI CUMA CONTENGAN JE TAU....HEHEHE...

Rabu, Mei 20, 2009

KHAT FARISI / TA`LIQ 2



LAGI KOLEKSI KARYAKU DALAM KHAT FARSI...JUGA MERUPAKAN POST TERAKHIRKU UNTUK BULAN INI. MINGGU DEPAN FINAL EXAM, KEPADA SAHABAT SEMUA DOAKAN KEJAYAANKU, INSYALLAH....

Selasa, Mei 19, 2009

KHAT THULUTH JALLI



DUA KARYA TERBARU INI KU TULIS DALAM KHAT THULUTH JALLI, SAJA NAK LEPAS TENSION, MINGGU DEPAN FINAL EXAM, TENGAH TERTEKAN NI. MCM BIASA MENULIS KHAT DAPAT MENGHILANGKAN TEKANAN TU, KALAU ADA KOMEN SILAKAN SEBAB INI BARU LAKARAN KALI PERTAMA...

Sabtu, Mei 16, 2009

KHAT FARISI / TA`LIQ




NI ADALAH ANTARA KOLEKSI KARYAKU DALAM KHAT FARSI PLAK. KEPADA YANG PAKAR KHAT JENIS NI, SILALAH BAGI KOMEN UNTUK AKU MEMPERTINGKATKAN LAGI PENULISANKU....




BARU SEMINGGU TAK MENULIS, HABIS LARI BALANCING DENGAN ALIGNMENT TANGANKU INI, TENGOKLA APA DAH JADI NGAN TULISANKU INI? BARU CUBA MATA 3CM JE TU, KALAU 5CM MACAM MANALA, MESTI BURUK...

Khamis, Mei 14, 2009

APA DAH JADI???


BIASANYA TATOO DIBUAT DAN DILUKIS OLEH ORANG KAFIR, GAMBAR TATOO PLAK MENGGAMBARKAN NAMA, IMEJ GANAS, TENGKORAK DAN MACAM-MACAM LAGI. TAPI KALI NI LAIN PLAK, APAKAH ERTI SEMUANYA INI? ADAKAH INI TERMASUK DALAM PENGHINAAN TERHADAP ISLAM? GAMBAR NI AKU AMBIK KAT WWW.PERSIAN.ASIA. TERASA MACAM NAK MARAH PUN ADA. APA KOMEN KENGKAWAN SEKALIAN?

Isnin, Mei 11, 2009

SECEBIS DOA


POST KALI NI PUN DALAM KHAT NASAKH JUGAK, CUMA INI ADALAH ANTARA KOLEKSI KARYAKU YANG TERBAIK, CUMA BELUM DIFREMKAN LAGI, MASIH DALAM PROSES MELUKIS ZUKHRUF DAN MEWARNA. KHAS UNTUK PENGUNJUNG BLOGKU INI....

Sabtu, Mei 09, 2009


LAGI ANTARA KOLEKSI KARYAKU DALAM KHAT NASAKH.

SEMALAMAN DI GALERI AHNAFKHAT




GAMBAR MENUNJUKKAN SUASANA DI GALERI AHNAFKHAT, KEPUNYAAN USTAZ ZUHUD SENDIRI. SELAIN SALAH SEORANG HANDALAN KHAT DI MALAYSIA NI, BELIAU JUGA MERUPAKAN SEORANG USAHAWAN KHAT. BELIAU SEDIA MENERIMA TEMPAHAN KHAT BERBAGAI BENTUK DARIPADA KERTAS, KAIN , KAYU, BATU, KACA DAN SEBAGINYA, BOLEH HUBUNGI BELIAU DI TALIAN 016-4497455. PASTINYA ANDA AKAN BERPUAS HATI HASIL SENTUHAN BELIAU...

USTAZ ZUHUD ULYA






JAM DI DINDING SUDAH MENUNJUKKAN PUKUL 5 PAGI. TAPI AKU MASIH TEKUN MENULIS KHAT DI BAWAH BIMBINGAN USTAZ ZUHUD ULYA. PADA PANDANGANKU, DI MALAYSIA NI, KALAU SEBUT GAYA TURKI, USTAZ ZUHUD LAH ORANG YANG PALING SESUAI MEMBAHASKANNYA KERANA BELIAU SENDIRI BERGURU DENGAN ORANG TURKI. BANYAK TEKNIK DAN GAYA PENULISAN TURKI YANG AKU PEROLEHI DARI BELIAU. TUJUANKU CUMA 1, SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DENGAN KHATTAT FERHAD KURLU. GAMBAR MENUNJUKKAN USTAZ ZUHUD SEDANG MENTASHIHKAN TULISANKU....

Khamis, Mei 07, 2009

KHAT IJAZAH


INILAH HASIL TULISANKU DALAM KHAT IJAZAH PLAK. LAMA DAH TAK LUTIS GAYA IJAZAH NI, DULU ZAMAN BERGURU KAT USTAZ ZAWADI, DIA ADALA AJAR TENTANG KHAT NI, TP DAH LAMA TAK AMAL JADI LUPA PLAK. KEPADA KENGKAWAN YANG TAHU TU SILALAH BAGI PANDANGAN, BLEHLA DIPERBETULKAN....

KHAT NASAKH 2



ANTARA KOLEKSI KARYAKU YANG DITULIS DALAM KHAT NASAKH. KEDUANYA INI ADALAH UNTUK DIHADIAHKAN KHAS KEPADA KEDUA IBU BAPAKU DI LANGKAWI. KALAU ADA KOMEN SILAKAN, NI BARU SALINAN PERTAMA, KENA BUAT LAGI NI. TAK CUKUP MANTOOOP NI...

Selasa, Mei 05, 2009

KHAT NASAKH



PADA PANDANGANKU, DALAM BANYAK2 KHAT, KHAT NASAKH LAH YANG PALING SUKAR, INILAH SEBABNYA AKU AMAT MEMBERIKAN PENEKANAN YANG LEBIH BERBANDING KHAT LAIN. BERBEZA DENGAN KHAT THULUTH, KHAT NASAKH ADA TEBAL NIPISNYA. KEHALUSAN TERSENDIRI TERUTAMANYA ALIRAN TURKI DAN BAGHDAD. APA PANDANGAN RAKAN SEPERJUANGAN SEKALIAN?

KHAT RIQ`AH




MACAM BIASA, BALIK SAJA KULIAH TERUS CAPAI KERTAS TULIS KHAT, KALI NI KHAT RIQ`AH PLAK, NAMPAK SEMACAM JE TULISANKU NI. INILAH AKIBATNYA TERLALU MENUNPUKAN SANGAT KHAT THULUTH, NASAKH, DIWANI JALLI DAN FARSI SAMPAI LUPA RIQ`AH. KALAU ADA KOMEN SILAKAN...

TAWARAN MENJADI MURID FERHAD KURLU!!!???




JAM DAH MENUNJUKKAN PUKUL 3.30 PAGI, AKU MASIH BELUM TIDUR. DUDUK DEPAN KOMPUTER MENYIAPKAN ASSIGNMENT. TIBA2 AKU MENDAPAT EMAIL DARI KHATTAT FERHAD KURLU. PERKARA YANG AMAT MENGEMBIRAKAN DAN MENJADI IMPIANKU SELAMA INI, KHATTAT FERHAD KURLU MENAWARKAN DIRINYA UNTUK MENJADI GURUKU!!!!BELIAU MENGATAKAN BAHAWA AKU BERBAKAT MENJADI KHATTAT, BETULKAH BEGITU??? INI ANTARA GAMBAR BELIAU YG DIKIRIMKAN PADAKU...KEPADA KHATTAT FERHAD, TERIMA KASIH BEBANYAK...HEHEHE

Isnin, Mei 04, 2009

KHAT DIWANI JALLI



BALIK DARI KULIAH TERUS DUDUK DEPAN KOMPUTER SIAPKAN ASSIGNMENT, LEBIH KURANG 1JAM SETENGAH JE BETAHAN, LEPASTU MULALAH RASA BOSAN, APALAGI, AMBIK KERTAS DUA HELAI TERUS MENYONTENGLA, NILA HASIL CONTENGAN TU, HEHEHE...

YA ILAHI


YA ILAHI, ANTA MAQSUDI WARIDHAKA MATHLUBI...BERSAMALA KITA HAYATI...

Ahad, Mei 03, 2009



DUA KARYA INI BARU DISIAPKAN SEPAGI TADI, TENGOKLA HASILNYA, NAMPAK SANGAT AGAK TERUK SKITKAN? MACAM MANA NAK BUAT, DAH LEBIH 2 HARI TAK PEGANG PENA KHAT....





GURUKU SELALU BERPESAN SUPAYA SETIAP PENGHASILAN KARYA SEHARUSNYA DIBUAT LATIHAN MENULIS HURUFNYA DAHULU DAN DISERTAKAN DENGAN TITIKNYA SEKALI (MIZAN)....

Sabtu, Mei 02, 2009

THULUTH KAEDAH ABBAS BAGHDADI





KALI PERTAMA MELIHAT TULISANNYA HATI INI TERUS TERTARIK UNTUK MENGIKUT KAEDAHNYA, DIPERKENALKAN OLEH GURUKU SENDIRI UNTUKKU. BUKU YANG BERTAJUK MIZAN KHAT ARBI KARYA ABBAS SHAKIR BAGHDADI. SEHINGGA SEKARANG AKU BERPEGANG TEGUH DENGAN GAYA PENULISAN INI. MUDAH-MUDAHAN SUATU HARI NANTI AKU JUGA AKAN MENJADI SEPERTINYA, AMIN...

AMSYAK MUHAMMAD SHAUQI AFENDI






AMSYAK MUHAMMAD SHAUQI AFENDI, SEBUAH KARYA AGUNG KAEDAH MENULIS KHAT NASAKH DAN THULUTH OLEH KHATTAT TERSEBUT YANG MENJADI IKUTAN KHATTAT SEKARANG TERUTAMANYA KHAT NASAKHNYA YANG PALING MANTAP DALAM SEJARAH KHAT, KATA GURUKU USTAZ ZAWADI. MUDAH-MUDAHAN BERGUNA UNTUK KHATTAT DI MALAYSIA...

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007