Khamis, Jun 25, 2009

SENI ZUKHRUF TURKI 2




DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH, TEKNIK DAN WARNA DARI JENIS YANG PELBAGAI, SENI ZUKHRUF BUKAN SAJA BOLEH DIBUAT DI ATAS KERTAS MALAH BENDA LAIN SEPERTI BATU DAN DAUN KERING......

SENI ZUKHRUF TURKI




LIHATLAH KEHALUSAN LUKISAN ZUKHRUF TURKI INI, GABUNGAN TONA WARNANYA SANGAT LEMBUT DAN MENARIK. SEOLAH-OLAH HIDUP ( IMEJ 3D ). SELALUNYA BERMOTIFKAN DEDAUN DAN BUNGAAN. P/S: SEKADAR BERKONGSI....HEHEHE...

Ahad, Jun 14, 2009

KARYA TERAKHIRKU UNTUK BULAN JUN 09


DISEBABKAN KEMBALI SIBUK DENGAN TUGASAN HARIAN SEBAGAI GURU, DITAMBAH PULAK KESIHATAN YANG KURANG MENGIZINKAN MAKA INILAH KARYA TERAKHIRKU UNTUK BULAN INI. KHAS UNTUK ANDA PENGUNJUNG BLOGKU NI....

Sabtu, Jun 13, 2009

TIRU GAYA HAMID AMIDI



KALAU NAK MANTAP SUSUNAN HURUF, KENALAH MENIRU GAYA KHATTAT HANDALAN SEPERTI HAMID AMIDI. ITULAH ANTARA PESAN USTAZ NIK ABD RAHMAN PADAKU. WALAUPUN TAK MENJADI TAPI RAHSIA PENYUSUNAN HURUF TU KITA DAPAT....

Jumaat, Jun 12, 2009

SAIDUL AYYAM, 19 JAMADILAKHIR 1430



HASIL TULISANKU DI PAGI JUMAAT. DAH TAK ADA KERJA NAK BUAT, TERBANGUN PLAK PUKUL 2 PAGI. CAPAI PENA DENGAN KERTAS, MULALAH MENYONTENG. NILAH HASILNYA YANG TAK SEBERAPA. KALAU ADA KOMEN SILAKAN...

Khamis, Jun 11, 2009

KHAS BUAT USTATKIMI


KARYA INI KUTULISKAN KHAS BUAT USTATKIMI. WALAUPUN TAK SEBERAPA, HARAP DAPATLA ANTA TERIMA SEBAGAI TANDA PERSAHABATAN KITA. ANA NI BARU BELAJAR, MEMANG BANYAK KESILAPAN. DOAKAN ANA JADI KHATTAT YANG BAIK SUATU HARI NANTI...HEHEHE...

Rabu, Jun 10, 2009

DALAM KEBOSANAN



GURUKU PERNAH BERKATA, KALAU MENULIS KHAT HARUSLAH DALAM KEADAAN YANG PALING SELESA DAN TENANG. TAPI SEMUA ITUPUN BERGANTUNG PADA MOOD PENULIS ITU JUGA SEBENARNYA. KALAU MOOD BAIK MAKA HASILNYA NANTI PASTI MEMUASKAN BEGITULAH SEBALIKNYA. INILAH HASILNYA KALAU MENULIS DALAM KEADAAN MOOD KURANG STABIL....HEHEHE...

Isnin, Jun 08, 2009

SEMALAMAN DI GALERI AHNAF 2


SESI LATIHANKU BERSAMA DENGAN USTAZ ZUHUD DISERIKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN PAKAR KHAT MALAYSIA BERTARAF DUNIA...USTAZ ABDUL BAKI..


DITAMBAH DENGAN KEHADIRAN SAHABAT KHAT DARI KUALA LUMPUR, USTAZ WAHAB. GURU INOVASI KEBANGSAAN TAHUN LEPAS RASANYA...


SESI MENTASHIH KARYAKU DAN BERTUKAR PENGALAMAN BERSAMA PAKAR KHAT DI MALAYSIA KINI...SAMPAI PUKUL 4.30 PAGI....


KARYA TERBARUKU YANG SEDANG DITASHIHKAN OLEH USTAZ ABDUL BAKI + USTAZ ZUHUD....WOOOOOOOW!!! PENGALAMAN MENARIK YANG PASTINYA MENJADI KENANGANKU DALAM PERJALANAN BERGELAR KHATTAT....HEHEHE...

Rabu, Jun 03, 2009

THULUTH...



RASANYA TAK BERAPA MENJADILA KARYA KALI NI. MACAM ADA YANG KURANG RASANYA. KALAU ADA KOMEN SILAKAN...

DOA


DOA ITU ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN, FIRMAN ALLAH TAALA YANG BERMAKSUD " BERDOALAH NESCAYA AKAN KU PERKENANKAN". APALAGI, MARILAH KITA MENDOAKAN SAUDARA KITA KAT PALESTIN SANA. MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMPERKENANKAN DOA KITA DAN MENGHANCURKAN TENTERA YAHUDI LATNAT ITU....

Isnin, Jun 01, 2009

KHAT THULUTH JALLI




BULAN BARU SEMANGAT BARU, AZAM PUN BARU. KEPADA PENGUNJUNG SETIA BLOGKU INI, TERIMALAH TIGA KARYA TERBARU UNTUK BULAN MEI NI. SEMOGA KITA DIRAHMATI WALAU DI MANA KITA BERADA...

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007