Rabu, Disember 23, 2009

USTAZ WALEED KARJAH



MR. WALEED KARJAH MERUPAKAN GURU KEPADA SALAH SEORANG GURUKU IAITU USTAZ ZUHUD ULYA. KALAU MELIHATKAN KHAT USTAZ ZUHUD SENDIRI PUN SANGAT MANTAP TERUTAMANYA KHAT NASAKH, INIKAN PULA GURUNYA, MR. WALEED KARJAH. KARYA YANG BAWAH TU ADALAH NAMAKU YANG DITULIS OLEH BELIAU, SUNGGUH INDAH MATA MEMANDANG. BILALAH TULISANKU NAK JADI MACAM NI...APAPUN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA MR. WALEED, HANYA ALLAH SAHAJA YANG LAYAK MEMBALASNYA...

Jumaat, Disember 18, 2009

KARYA TERAKHIR DISEMBER 2009





TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN PENGAJIAN, BERTUKAR SEKOLAH, NAK CARI RUMAH LAGI...MENYEBABKANKU LELAH SEKETIKA...MAKA INILAH KARYA TERAKHIRKU UNTUK BULAN NI. SEBELUM TERLUPA, SALAM MAAL HIJRAH 1431 KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOGKU INI, RAKAN SEPERJUANGAN, SERTA GURUKU USTAZ ZAWADI, USTAZ NIK MAN DAN USTAZ ZUHUD. SEMOGA KALIAN SEMUA DI BAWAH NAUNGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA...TAHUN BARU CABARAN BARU, AKU DITUGASKAN DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA, DOAKAN KETABAHANKU SAHABAT SEKALIAN....MUDAH-MUDAHAN IANYA SATU HIKMAH DAN MEMBERI MANFAAT UNTUKKU DALAM MENITI PENGALAMAN SEBAGAI INSAN BERGELAR GURU....

Khamis, Disember 17, 2009

MADAH DI SUATU PAGI YANG INDAH...




PAGI INI TERBANGUN DARI MIMPI, PUKUL 3 PAGI, TAK TERASA MENGANTUK LAGI, TERUS CAPAI PENA DAN KERTAS ATAS ALMARI, MAKA TERHASILLAH 3 KARYA YANG TAK SEPERTINYA INI, KALAU ADA TERLINTAS DI HATI, TEGURAN MEMBINA YANG AKU HAJATI, MOGA DAPATKU MEMBETULKAN KESILAPAN DIRI, MENJADI KHATTAT TERBILANG SUATU HARI NANTI, DENGAN TEMAN SEPERJUANGAN DI SISI, BERSAMA MEMARTABATKAN SENI ISLAM YANG INDAH INI, AGAR SUATU HARI NANTI, DENGAN BANGGA DENGAN BERANI, MENYATAKAN MALAYSIA JUGA TAK KURANGNYA INSANI, SEPERTI MEREKA DI MESIR, IRAQ DAN TURKI....MOGA MENDAPAT RAHMAT DAN HIDAYAH DARI ILAHI...

Selasa, Disember 15, 2009

NAMA KHULAFA` ARRASYIDIN



KARYA INI SEBENARNYA ADALAH PENGHIAS KEPADA 1 KARYA YANG TENGAH KU USAHAKAN DI BAWAH BIMBINGAN USTAZ ZUHUD ULYA. HARAPNYA MENJADILAH KARYA TERSEBUT. WALAUPUN AKU TAK BERPENGALAMAN LUAS SEPERTI BELIAU ITU, NAMUN KESUDIANNYA MEMBERIKAN KU PELUANG AMAT DIHARGAI...TERIMA KASIH USTAZ ZUHUD....HEHEHE...

AL-QURAN TULISAN MEHMED OZCAY





SEBUAH AL-QURAN TULISAN MEHMED OZCAY...KHATTAT TERKENAL MASA KINI...SAPA NAK BELI HARGNYA USD49 LEBIH KURANG RM 150 LA TERMASUK KOS PENGHANTARAN. AKU PUN DAH TEMPAH 1...TAK TAULA SAMPAINYA BILA....HEHEHE...

Ahad, Disember 13, 2009

TENGAH BERSEMANGAT



DI PAGI YANG INDAH LAGI BERSERI NI, TERASA TENANG DAN BERSEMANGAT PULA NAK MENULIS KHAT APALAGI SEMUA SAHABAT KHAT PUN TENGAH BERLATIH SAMBIL DITASHIHKAN OLEH GURU KEPADA GURUKU USTAZ ZUHUD ULYA. TERASA AGAK KETINGGALAN PULA DIRI INI KALAU DIBANDINGKAN DENGAN SAHABAT YANG LAIN. PERKARA TERBARU NI BETUL2 NAMPAK MACAM TERCETUSNYA 1 FENOMENA KHAT DI MALAYSIA. HARAP, SAHABAT2 BIMBINGLAH AKU MOGA AKU TAK KETINGGALAN MENGEJAR KEMAJUAN KALIAN...

Selasa, Disember 08, 2009

KARYA TAK SEBERAPA



HARI NI HARI KEDUA PEPERIKSAAN BERLANGSUNG...SOALANNYA...TANYA TENTANG MUZIK DAN TOKOH BARAT...KENAPA TAK KAITKANNYA DENGAN TOKOH ISLAM...BUKANKAH ILMUAN ISLAM YG MENCIPTA NOTE2 MUZIK? TERLALU TENSION DGN SOALAN YANG MACAM TU...APALAGI, MACAM BIASALA...MENULIS KHAT LAGI BEST...TERIMALAH DUA KARYAKU YANG TAK SEBERAPA...HEHEHE...

Sabtu, Disember 05, 2009

PENGHARGAAN BUAT PENGUNJUNG



DUA KARYA INI ADALAH KHAS BUAT PENGUNJUNG SETIA BLOGKU INI...TERIMA KASIH SUDI ZIARAH WALAUPUN DAH LAMA TAK UPDATE...KESIBUKANKU TELAH MEMBATASKAN AKU BERKARYA. KEPADA RAKAN SEPERJUANGAN, DOAKAN KEJAYAANKU DALAM PEPERIKSAAN NANTI....HEHEHE...

Khamis, Disember 03, 2009

KARYA TENGAH BERSERABUT



TERASA TENGAH KALUT MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER NI. BERSERABUT BETUL RASANYA, TERUS CAPAI PENA DAN KERTAS, TULIS KHAT...TENANG PLAK RASANYA. MUNGKINKAH MENULIS FIRMANNYA PENGUBAT KEKUSUTAN DIRI? AKU PUN TAK TERJAWAB SOALAN TU, CUMA SIAPA YANG MERASAI PASTI MENGETAHUI...

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007