Rabu, Disember 22, 2010

LATIHAN TERAKHIR DISEMBER 2010



DUA HASIL LATIHAN INI ADALAH POST TERAKHIR AKU UNTUK BULAN DAN TAHUN NI...MUDAH MUDAHAN PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT BUAT PENGUNJUNG DAN PENCINTA SENI KHAT INI KHUSUSNYA...SEMEMANGNYA AKU AGAK SIBUK DENGAN TUGASAN SEBAGAI SEORANG PELAJAR...PEPERIKSAAN PULA SENTIASA MENJADI PENGHALANG UNTUK AKU TERUS GIAT BERKARYA...HANYA INI SAHAJA YANG AKU TERMAMPU WAKTU NI...KEPADA RAKAN SEPERJUANGAN DAN PENGUNJUNG BLOGKU...DOAKAN KEJAYAANKU...MOHON AMPUN MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA ATAU TERSENTUH HATI SEPANJANG TAHUN INI...INSYALLAH, JUMPA LAGI TAHUN DEPAN...ILAL LIQAA MAAS SALAMAH...

Isnin, Disember 13, 2010

ASMAUL-HUSNA


DUA HASIL TERBARU KHAS UNTUK PENGUNJUNG BLOG NI YANG TAK JEMU BERTAMU WALAUPUN LAMA TAK UPDATE. TERIMA KASIH...KERANA MEMBERIKAN SUNTIKAN SEMANGAT UNTUKKU TERUS BERKARYA WALAUPUN TAK SEBERAPA HASILNYA...MAKLUMLA...TENGAH MEMBUAT PERSIAPAN AKHIR MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER NI...DOAKAN KEJAYAAN AKU SAHABAT SEKALIAN...

Ahad, Disember 05, 2010

LATIHAN BULAN DISEMBER 2010 3



MENURUT SEORANG TEMAN, DENGAN MENULIS KHAT HATI MENJADI TENANG. MUNGKIN MASA MENULIS TU FIKIRAN TAK MELAYANG, ASYIK TUMPU PERHATIAN PADA LATIHAN YANG DIBUAT. ADAKAH SEMUA KHATTAT PUN MERASA PERKARA YANG SAMA? JAWAPAN TU HANYA ADA PADA DIRI MASING-MASING. TAPI AKU PERCAYA, HANYA DENGAN MENGINGATI-NYA HATI PASTI MENJADI TENANG...SETENANG AIR DI KALI...

Jumaat, Disember 03, 2010

LATIHAN BULAN DISEMBER 2010 2



KALAULAH DIBERIKAN BANYAK MASA DAN KESEMPATAN...INSYALLAH AKAN AKU PERBAIKI SEGALA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN YANG ADA INI...KESIBUKAN SENTIASA MEMBATASKANKU....NAMUN INILAH HASILNYA YANG DAPAT AKU PERSEMBAHKAN BUAT TATAPAN KALIAN SEKALIAN...TERIMALAH SEADANYA..

LATIHAN BULAN DISEMBER 2010



BULAN NI AKU TERLALU SIBUK...DENGAN PEPERIKSAAN SEMESTER YANG SEMAKIN HAMPIR...PERSEDIAAN PUN SEKADAR JE...FIKIRAN PUN TAK BERAPA TENANG...MAKA INILAH HASIL YANG DAPAT AKU SIAPKAN BUAT TATAPAN KALIAN SEKALIAN...SUNGGUHPUN KESIBUKAN MEMBATASKAN KU...NAMUN LATIHAN TIDAK PERNAH AKU ABAIKAN...

Isnin, Oktober 18, 2010

LATIHAN DI BULAN OKTOBER 2010 (2)



TERNAMPAK KETARA JIKA LAMA TAK MENULIS DAN MEMBUAT LATIHAN...TAPI APALAH DAYA...KESIBUKAN MEMAKSAKU MELUPAKAN SEKETIKA HOBI YANG DIMINATI INI...JIKA ADA KELAPANGAN...INILAH SALAH SATU HASILNYA...WALAU TAK SEBERAPA...TERIMALAH SEADANYA...

LATIHAN DI BULAN OKTOBER 2010



MARILAH KITA BANYAKKAN MENYEBUT KALIMAH INI...MUDAH-MUDAHAN BERMANFAAT DAN MENDAPAT PAHALA SERTA KEREDHAAN-NYA...

Selasa, September 07, 2010

KALIMAH BASMALAH


KARYA BASMALAH TERBARUKU KHAS UNTUK ANDA PENGUNJUNG BLOGKU INI. KERANA ANDA, AKU KINI KEMBALI BERSEMANGAT UNTUK TERUS BERKARYA. SEMOGA HUBUNGAN INI AKAN TERUS BERKEKALAN. JUGA TAK TERASA YANG BLOG INI SUDAH BERUSIA LEBIH SETAHUN, BEGITU CEPAT MASA BERLALU. BERTAMBAH USIA MEMANTANGKAN AKU....

KEMBALI MEMBUAT LATIHAN



SETELAH SEKIAN LAMA AKU MENINGGALKAN LATIHAN, KINI AKU KEMBALI DENGAN SEMANGAT BARU. WALAUPUN TULISAN MEMANG TERUK, TAPI KENA TERUSKAN JUGA LATIHAN INI. BUAT PENGUNJUNG SEKALIAN, TERIMALAH DUA KARYA YANG TAK SEBERAPA NI KHAS UNTUK ANDA. DOAKAN SEMOGA SEMANGATKU TIDAK PATAH DI TENGAH JALAN....

Ahad, September 05, 2010

KARYA DI BULAN RAMADHAN 1431H



SALAM BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG AKU INI. RASANYA SUDAH LAMA AKU MENINGGALKAN HOBI INI. TERLALU SIBUK MENGEJAR CITA-CITA. KINI AKU KEMBALI SEKETIKA BAGI MENGHARGAI KALIAN YANG SUDI MENJENGUK DAN BERTANYAKAN KHABARKU. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. TERIMALAH 2 KARYA YANG TAK SEBERAPA INI SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN BUAT ANDA SEMUA...SALAM...

Ahad, April 18, 2010

KARYA TERAKHIR BULAN APRIL 2010


RASANYA AKU TERPAKSA MENANGGUHKAN SEKETIKA HOBI INI UNTUK MENYELESAIKAN BEBERAPA PERKARA...TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN ZIARAH ANDA SEMUA KE BLOG INI. HARAPANKU SEMOGA DI LAIN WAKTU, AKU MASIH MAMPU UNTUK MENULIS DAN BERKARYA SEPERTI SELALU...KEPADA RAKAN SEPERJUANGAN SEKALIAN...TERUSKAN USAHA MURNI INI BAGI MENGANGKAT MARTABAT SENI INI KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI....AKU DOAKAN ANDA SEMUA BERBAHAGIA SELALU....

Isnin, April 12, 2010

LATIHAN TERBARU



DUA KARYA TERBARU KHAS BUAT PENGUNJUNG YANG TAK JEMU MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORONGAN UNTUKKU TERUS BERKARYA DAN MEMBUAT LATIHAN. WALAU SESIBUK MANAPUN DIRI INI, AKU TELAH BERJANJI UNTUK TIDAK LUPA MEMBUAT LATIHAN SETIAP HARI...SEMOGA DENGAN USAHA YG SEKECIL INI DIBERKATI OLEH ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA PENYAYANG....AMIN...

Isnin, April 05, 2010

KARYA TERBARU BULAN APRIL 10



BULAN NI AKU TERLALU SIBUK MEMBUAT PERSIAPAN MENGHADAPI EXAM...HANYA INI SAHAJALAH YANG TERMAMPU AKU HASILKAN KHAS BUAT PENGUNJUNG SEMUA...DALAM KEADAAN YANG BERSERABUT MACAM NI MANALAH MAMPU UNTUKKU MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN SEMASA MENULIS...DOAKAN KEJAYAANKU DALAM EXAM NI...INSYALLAH, SELEPAS SEMUANYA SELESAI...AKU AKAN KEMBALI AKTIF MENULIS...

Sabtu, Mac 20, 2010

KARYA TERAKHIR BULAN MAC 2010



DUA KARYA TERAKHIR UNTUK BULAN MAC INI DTUJUKAN KHAS BUAT SAHABAT YANG SUDI MENZIARAHI BLOGKU INI. WALAUPUN SIBUK MENYIAPKAN ASSIGNMENT DAN MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN TETAP KU GAGAHI KERANA HOBI INI SUDAH SEBATI DENGANKU. KEPADA SAHABAT SEKALIAN, DOAKAN KEJAYAANKU DALAM PEPERIKSAAN NANTI...AKU JUGA SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT KALIAN SEMUA....

Jumaat, Mac 19, 2010

KHAS BUAT SAHABATKU-ADIK




TULISAN INI KHAS BUAT SAHABATKU, SEKADAR LATIHAN KHAT THULUTH. HARAPNYA SAHABATKU SUDILAH MENERIMANYA SEBAGAI INGATAN TULUS IKHLASKU. SESUNGGUHNYA KENANGAN BERSAMA KITA DI MAKTAB DULU AKAN DIKENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT. MUDAH-MUDAHAN SAHABATKU SENTIASA BERBAHAGIA BERSAMA KELUARGANYA...AMIN...

KHAS UNTUK SAHABAT SABAH



DENGAN SEJUJURNYA INGIN AKU KATAKAN BAHAWA AKU AMAT SIBUK DI KALA INI. KESIBUKAN INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBATASKAN AKU UNTUK MENUMPUKAN PERHATIAN KETIKA MENULIS KHAT. NAMIN UNTUK TIDAK MENGHAMPAKAN SEORANG SAHABAT DARI SABAH, AKU GAGAHKAN DIRI UNTUK MENULIS DAN INILAH HASILNYA, MOGA SAHABAT BERPUAS HATI...

Jumaat, Mac 05, 2010

KARYA YANG TAK SEBERAPA



KARYA TERBARU YANG KU TULIS KHAS BUAT SAHABAT-SAHABAT LAMA DI MPI, BANGI AMBILAN 1999-2002 TERUTAMANYA SAHABAT KULIAH BAHASA MELAYU. WALAUPUN TAK SEBERAPA TAPI CUKUP RASANYA UNTUK MEMBERITAHU KALIAN BAHAWA AKU SENTIASA MENGINGATI KALIAN. SELAMAT BERTUGAS WALAU DI MANA KALIAN BERADA. AKU DI SINI SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT KALIAN...

Khamis, Februari 18, 2010

KARYA MASA CUTI 2



DUA KARYA TERAKHIRKU UNTUK BULAN NI. WALAUPUN KURANG MANTAP TETAPI AKU TETAP BERPUS HATI SEBAB SEKURANG-KURANGNYA DALAM KESIBUKAN MASIH MAMPU MENERUSKAN LATIHAN DEMI MENCAPAI TUJUAN MENJADI KHATTAT TERBILANG SUATU HARI NANTI INSYALLAH. DALAM KARYA KEDUA ITU ADA KUTULISKAN SEPOTONG HADIS YANG BERMAKSUD TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG SEHINGGA DIA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTI MANA DIA MENGASIHI DIRINYA SENDIRI. SEKIAN...JUMPA LAGI BULAN DEPAN...ASSALAMUALAIKUM....

Rabu, Februari 17, 2010

KARYA MASA CUTI



MASA CUTI SEKOLAH BEGINILAH PELUANG DAN WAKTUNYA MEMBUAT LATIHAN DAN MUNGKING MENGHASILKAN SEBUAH ATAU DUA KARYA UNTUK KEPUASAN DIRI. CUMANYA DI DALAM BLOGKU INI TIDAK PERNAHLA AKU POSTKAN KARYAKU. HANYA LATIHAN SAHAJA YANG DISELITKAN DI SINI. SEKADAR UNTUK KOREKSI DIRI DALAM MENCARI KELEMAHAN UNTUK DIPERBETULKAN. SELAINNYA MUNGKING UNTUK DIKOMEN OLEH TEMAN SEPERJUANGAN SEKALIAN....

Selasa, Februari 16, 2010

NAMA KENGKAWAN 2



POST KALI NI PUN NAMA KENGKAWAN GAK. DUA ORANG SAHABATKU YANG TAH KE MANA MENGHILANG. SORANG DENGARNYA DAH JADI AYAH DAN SORANG LAGI SAMPAI SEKARANG TENGAH MENCARI KATANYA. APAPUN MOGA KEDUA SAHABATKU INI DILIMPAHI RAHMAT OLEH YANG MAHA ESA. BANYAK LAGI KENGKAWAN YANG SURUH TULIS NAMANYA TAPI MASAKU AGAK TERHAD SEKARANG NI. ASSINGNMENT TAK SIAP LAGI, ALAMATNYA BERABUK LAGILAH PENAKU ITU NANTI....

Ahad, Februari 14, 2010

NAMA KENGKAWAN



DUA KARYA INI ADALAH NAMA KENGKAWAN YANG SUDI MENZIARAHIKU DAN MEMINTA NAMANYA DITULIS MENGIKUT EJAANNYA SENDIRI. KATANYA SEBAGAI HADIAH. WALAUPUN TAK BERAPA MANTAP, TERIMA JE LA. NI JE YANG AKU TERMAMPU. SEPANJANG MINGGU NI POSTKU ADALAH NAMA KENGKAWAN YANG MENYURUHKU MENULIS NAMANYA JELA NAMPAKNYA....HEHEHE...

Sabtu, Februari 13, 2010

MASIH DALAM LATIHAN 2



KEMBALI DALAM LATIHAN SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI DIRI, SIBUK DENGAN ASSIGNMENT, KULIAH YANG PADAT MENYEBABKAN AKU KURANG BERPELUANG UNTUK MENYENTUH PENAKU YANG DAH BERABUK ITU, APAPUN CUTI INI ADALAH RAHMAT BUATKU UNTUK KEMBALI DALAM LATIHAN INI. DUA KARYA INI ASALNYA MILIK KHATTAT YANG SANGAT AKU KAGUMI MUHAMMAD OZCAY, WALAUPUN JAUH LANGIT DARI BUMI, AKU AKAN TERUS BERUSAHA UNTUK MENJADI SEPERTINYA SUATU HARI NANTI...INSYALLAHU MINAL AMIN....

Isnin, Januari 18, 2010

MASIH DALAM LATIHAN



DUA KARYA INI ADALAH PERMINTAAN DARI SAUDARAKU UNTUK HIASAN DAN PAMERAN DI PEJABATNYA. OLEH KERANA MASA YANG AGAK TERBATAS DI SAMPING KESIBUKAN KERJA YANG TAK BERKESUDAHAN, MAKA INILAH SAJA YANG TERMAMPU AKU HASILKAN. SESUNGGUHNYA, AKU SEBENARNYA MASIH BELAJAR DAN MASIH DALAM LATIHAN. SEMESTINYALAH TERDAPAT KESILAPAN DAN AKAN CUBA DIPERBAIKI DI MASA-MASA AKAN DATANG, INSYALLAH....

Ahad, Januari 17, 2010

CONTENG-CONTENGAN




MALAM NI TAK ADA BUAT KERJA APA, SEMUA KERJA DAH DISELESAIKAN SEBELUM CUTI HUJUNG MINGGU LAGI, CONTENG-MENCONTENG MEMANG HOBIKU. NI LA HASIL CONTENGAN DAN KALAU MEMUASKAN AKAN DIPERELOKKAN MENJADI KARYA...

Sabtu, Januari 16, 2010

LATIHAN THULUTH JALLI II



ALHAMDULILLAH, SETELAH SEMINGGU TAK PEGANG PENA, AKHIRNYA MINGGU INI SEPERTI BIASA, DUA KARYA INI MENYUSUL. KARYA KEDUA TU ADALAH SEBUAH HADIS YANG BERMAKSUD, SEORANG MUSLIM ITU, SELAMAT MUSLIM YANG LAIN DARIPADA KEJAHATAN LIDAH DAN TANGANNYA. PESANAN INI KU TUJUKAN KHAS BUAT KONONNYA YANG MENDAKWA KHATTAT TERHEBAT BERPENGALAMAN 25 TAHUN TETAPI TAK PANDAI MENGHORMATI ORANG LAIN.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2007